Kerajaan dan politik Makau

Rencana utama: Politik Makau

pengurus besar dipilih oleh kerajaan Republik Rakyat China selepas melalui komiti pilihanraya, yang ahlinya dicadangkan badan koperat. Pengurus besar berdepan kabinet, Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan koperat. Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan Gabenor General Rocha Vieira pada 20 Disember 1999.

Badan perwakilan kawasan ini merupakan Dewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihanraya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa meggubal cara suksessornya dilantik selepas tahun 2009.

Sistem kehakiman secara amnya diteraskan Sistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamai Mahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.

Divisi Pentadbiran di dalam Makau